Sep 9, 2012

Number Fourteen.



Assalamualaikum semua! Adiossaaa! Izayyik? Hehe. Alright kali ni nak cakap pasal lawatan that I went yesterday. Gila weh, through this lawatan sahaja aku dah terasa macam datang sini bukan untuk belajar tapi melancong. Layanan seniors dekat kitorang memang power gila ah weh. Macam VIP apa je. From the first day lagi sebenarnya diorang layan tiptop cuma bila ada lawatan ni, baru macam terasa lah yang seniors berkorban gila-gila punya untuk kitorang. Satu hari suntuk kot lawatan kitorang ni! Gila kan kan kan? Hehe.

Mula-mula pagi tu gerak tempat berkumpul sendiri tau. Tanpa musyrifah. Musyrifah ni macam penjaga kitorang laa, camtu. Musyrif untuk lelaki, musyrifah untuk perempuan. Selalunya sebelum-sebelum ni, kitorang bebudak baru ni nak ke mana-mana mesti ditemani musyrifah tau. Tapi pagi ni sudah tiba masanya kitorang bergerak sendiri. Haha. Then dari tempat berkumpul tu baru naik bas heading to our first destination, Asfour Crystals. Yeah, itu sejenis gudang kristal. Agak tak logik lah sebenarnya depa bawak kami ke situ sebab duit bukannya ada pun. Haha. No doubt lah ada je yang murah-murah tapi aku takda beli apa pun. Kami baru 4 hari kat sini, nak shopping buat gapo. Duduk sini pun bukan seminggu dua minggu, lima tahun tu. Lama lagi masa yang ada. Haha. So aku banyak tangkap gambar je. Banyak gilaaaaaa weh. Hehe. Tapi aku letak few jelah eh, karang korang boring pulak tengok gambar banyak-banyak.

Masjid Nabawi made of crystals. Cool kan?

The first view when you enter this store.

Just, Masya Allah :)

Firaun :D

Kitorang spent about one hour and half dekat sini then teruskan perjalanan ke Sungai Nil! Sepanjang perjalanan ke Sungai Nil aku tidurrrrrr. Hehe! Kitorang naik boat dekat Sungai Nil tu. Sambil having our lunches. Hehe, jealous tak jealous tak jealous tak? Haha! Takda masa korang nak jealous kan :P

Sungai Nilllllll :)

The view of the boat. Itu adalah parents. Ada parents yang ikut mai sini.

Oh well bajet Titanic sat. Time tu ammu (pakcik) yang bawak boat tu pasang lagu My Heart Will Go On!

Gambar time makan takda ah kan, sebab semua orang sibuk makan. Haha. Oh and then kitorang teruskan perjalanan ke Masjid Al-Azhar! Masjid tu berdepan dengan sebuah lagi masjid, bernama Masjid Hussin. Dan dekat dengan Masjid Hussin tu ada tempat untuk shopping bernama Hussin. Haha! Motif utama mai sini untuk pergi Hussin tu laa, nak shopping. Tapi kitorang solat Asar dulu dekat Masjid Al-Azhar tu. Hussin tu dia macaaaammmmm Jalan TAR lah lebih kurang. Sesak gila weh. Aku dah lah tak suka shopping. Tahan aje lerr. Oh btw, dekat Egypt ni kan, merupakan perkara biasa kalau korang nampak orang gaduh di sana sini. Haha. Kalau nampak ada pak arab jerit-jerit, tengking-tengking tu, buat bodoh je. Jalan je. Takyah takut.

Ni orang tengah gaduh lah ni. Yang pakai baju putih, seluar putih tu polis dia.

Masjid Al-Azhar.

Masjid Al-Azhar dekat dalam.

Masjid Al-Azhar lagiiii!

Errrrr. Haha. Rempah ratus dia ah -.-

Aku terpikat untuk tangkap gambar pakcik ni. Sambil berniaga, berdiri macam tu, still membaca :)

Bolehlah jadi calon untuk Soffy :P

Inilah Masjid Hussin.

Pastu kan, kitorang pergi Al-Azhar Park untuk solat Maghrib dan lepak-lepak sebentar di situ hinggalah malam. Haha. Sini pukul 5.30 macam tu dah nak gelap dah sebab Maghrib sini dalam pukul 6.30 macam tu. Isya pulak pukul 7.25. Aku ada bagitau tak beza sini dengan Malaysia 6 jam? Sebab tu aku payah kalau nak call korang. Time aku tidur, korang tengah nak bersiap pergi kelas. Time aku bangun, korang dah nak Maghrib. Tension weh. Haha.

Baju merah tu Shima, baju biru tu Sobah. Kami selalu bersama sebab kami je lain sikit daripada orang lain. Orang lain duduk rumah sewa, kami duduk rumah negeri. Aku dengan Shima duduk rumah KL, Sobah duduk rumah Kedah.

So, itu jelah perjalanan kami semalam. Sampai rumah pukul 8 lebih. Penat dah, lap badan, cuci muka, solat Isya, tidur. Haha. Ingat lagi tak aku cakap, kami tak boleh mandi tu? ;)

Eh, aku tengah dengar lagu tau ni. Tiba-tiba lagu Pujaan Hati - Kangen Band playing. Nak nyanyi sikitlah untuk korang :)

Hai pujaan hati
Apa khabarmu?
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati
Andai kau tau
Ku sangat mencintai dirimu
Hai pujaan hati
Setiap malam aku berdoa kepada Sang Tuhan
Berharap korang sihat sentiasa

Haha! Ubah sikit ah lirik, geli doh nak tulis yang betul punya :P
Hampa, jangan lupakan aku naa? Aku sayang hampa :)