Sep 7, 2012

Number Thirteen.

Assalamualaikum pembuka bicara
Dari adinda yang jauh di mata
Harap semua sihat sejahtera
Adinda di sini memendam rasa

Hendaknya dan harapnya semuanya berbahagia walau hati sering terasa merana atas kerinduan yang kian menebal. Namun, sebagai hambaNya yang sentiasa meredhai segala ketentuan yang telah diaturkan, hendaklah kita semua bersabar dengan jalan kehidupan yang sebenarnya mempunyai pelbagai hikmah yang belum lagi kita lihat.

Hehe. Ada style student Azhar tak? Lol. Hari ni aku nak cerita pasal these past 3 days aku dah duduk sini. Lain gila style hidup sini. Serious. Haha. First and foremost yang aku teringin nak tekankan, adalah kitorang tak boleh mandi langsung weh dalam 2-3 hari ni. We are only allowed to lap lap the badan. Hewhew. Ripley's Believe It Or Not. Hehe. So setakat ni aku tak mandi pun lagi. Aku just lap badan je. Cuma dekat part ketiak tu, sabun sikit pastu lap balik. Haha. Kelakar pun ada lah. Tapi seniors kata time winter nanti lagi laaaaaaa. Diorang kata kita nak pijak lantai pun taknak. Mandi seminggu sekali je. Itu pun mesti rasa macam malas sebab sejuk sangat. Haha.

Anyway, hari tu pukul 10pm fly dari Malaysia ke Bangkok. Depa berhenti sat kat Bangkok untuk isi minyak dan sebagainya. Ada lah dalam 2 jam turun dari kapal terbang then naik balik. Dari Bangkok nak ke Cairo pulak 8 jam setengah! Phew kebas bontot weh. Aku dok tidur, makan, dengar lagu je dalam plane tu. Hehe. Seat aku tak best, tengah-tengah punya middle row. Faham tak? :D

Eh ni aku nak tunjuk sikit-sikit gambar yang aku ada tangkap. Sikit je. Haha. Sengaja menggedik je pun. Gambar benda tak berapa interesting mana pun. Wee :D

Unta ada dalam beg :P

Kiri aku tu schoolmate, kiri lagi kakak adik aku tu. Ni dekat airport Egypt.

Pastu kan weh, siang ni tadi ada sambutan raya dekat rumah jiran aku. Rumah kat sini dia macam flat. Ada lif, tapi lif dia kelakar weeehhhh macam lif zaman dulu. Haha. Pastu kan, bila lif tu berjalan kan, automatically akan keluar bacaan doa naik kenderaan tu! Best weh naik lif niiii! Hehe. Rumah ni ada 6 tingkat. Aku duduk tingkat 3, rumah 302. Dalam satu rumah ada 3 bilik. Satu bilik ada 3 orang.

Ni lah lif! ;)

Kena buka pintu kuning tu baru masuk lif. Hehe.

Ni pintu kat dalam lif tu. Tapi ni saja gelabah tutup. Selalunya tak tutup pun :D

Boleh baca sendiri kan ni apa benda. Haha.

Dekat rumah aku ni dalam rumah ada speaker tau. So setiap kali azan, satu bangunan akan dengar. Pastu setiap waktu pun ada solat jemaah, ikut hati kita lah nak pergi ke tidak. Tapi setakat ni aku pergi turun solat kat surau sebab budak baru kan, takda buat apa sangat pun. Doakanlah tau aku maintain ikuti solat jemaah ni sampai habis belajar kat sini :)

Pagi Jumaat pulak ada qiam. Jumaat hari cuti tau kat sini. So Jumaat memang sunyiiiii sangat kawasan kat sini. Semua orang lepak rumah je. Oh and, lepas Subuh ada baca Ma'thurat and Surah Al-Waqiah. After Asar baca Ma'thurat lagi. After Isya baca Al-Mulk. Pagi Jumaat after Subuh ada Qasidah jugak. Qasidah ni macam nasyid laa, lebih kurang. Hewhew.

Kawasan surau Akhawat. Hehe! Sini lelaki panggil Ikhwah, perempuan panggil Akhawat.

Tengahari ni tadi ada macam jamuan ringan sempena raya dekat rumah sebelah rumah aku. Ada kakak tu masak gila-gila punya weh. Ada Laksa Kedah, Laksa Johor, Mee Sup, Rainbow cake. Sedap weh. Haha. Meh kita tengok gambaq ja naa. Haha. Tapi aku just makan Mee Sup je sebab laksa yang lain pedas gila. Aku tak makan even satu suap pun. Aku tau benda tu pedas sebab kakak aku makan, kakak aku pun tak tahan. Aku dengan kakak aku sama je, tak tahan pedas. Hehe.

Cocktail!

Macam-macam ada!

Rainbow cake!

Rasanya itu jelah kot buat masa ni. Malas pulak nak cerita macam-macam. Hehe. Sebab takda gambar, so macam bosan kalau korang nak bacaaaaaaaaaa je, takda gambaran tentang cerita tu. Hehe. Nanti apa-apa aku bagitau lagi naa. Hampa take care na! ;)