Sep 4, 2012

Number Twelve.

Before this aku ada buat satu post pasal KMPP. Tapi aku tak jadi publish. Sebab post yang tu sounds poyo. Atau koya. Haha. But now tetiba hati terasa sangat teringin untuk buat post baru. Harapnya sampai ke sudah lah mood ni maintain je ada. Jangan awal-awal je udah lerr.

Aku rasa so far, dalam hidup aku, tahun 2012 yang agak paling happening. There's just too much yang berlaku dalam tahun 2012 ni. From January till March I was in Sarawak, stuck dalam hutan. Haha. PLKN lah bro. Hewhew. And then balik from PLKN, terus amek result SPM. A week after that terus buat lesen. JPJ Test aku dua kali, yang first time tu sangkut dekat bukit. Eww. Then believe it or not, 20th May baru aku dapat lesen P. 28th May dah nak kena daftar dekat matriks. Oh not to forget, besides matriks, aku ada dapat offer dari Unimas jugak. Yeap, Sarawak again. Mother asked me to apply for it. Cuz she wants to go to Sarawak againnnnn. I turned down the offer and yeah, went to matriks instead. Matriks pulak dapat dekat Penang. Hujung dunia, I know. Haha. At first macam tak puas hati gila apesal aku dapat Penang. I did not apply for Penang pun! Kakak aku dua orang elok je dua-dua dapat Perak. Mai giliran aku apesal dia campak jauh sangat entah?! Hampeh.

But then bila masuk Penang ni, dah seminggu dua minggu duduk sana, aku dah tak rasa marah dah. Aku dah tak rasa tak puas hati. Semua aku dah tak rasa. Apa yang aku rasa adalah, memang takdir Tuhan aku dicampakkan ke sini dan jumpa orang-orang yang ada dekat Penang ni. Roomates sahaja dah otak air. Semua weng. Except Soffy kot. Aku rasa dia sorang je neutral. Haha! The rest, Ika dengan Ayu, err... Tak payah cakaplah. Bila cakap karang dianggap mengutuk pulak. Kehkeh. Mula-mula datang matriks tu, pergi daftar segala jadah bagai, senyuman susah gila nak ada dekat bibir aku. Oh well, aku kan kerek orangnya. Tolonglah faham. Haha. Then pergi check out bilik, lagilah mencarut macam apa. Dapat blok paling hujung, tingkat paling atas. Dugaan peringkat pertama. Masuk bilik, berhabuk macam kena tinggal for two years! Almari kotor. Katil kotor. Semua benda lah kotor! Okay, dugaan peringkat dua. Fine, gagahkan jugak diri ni bersihkan segalanya. Haha. Time tu Soffy je ada. Dia time tu macam sombong. Aku pun tengah dalam mood sombong, so I dont give a damn. Hehe. Kerek tak ayat? Hewhew. Okay aku pendekkan cerita lah. Sebab post ni aku nak suruh roomates aku baca gak. Aku tau Ika pemalas nak baca benda panjang-panjang. So, meh lah pendekkan ye. Pendekkan to the point yang aku nak cakap kat dalam post ni sebenarnya. Hehe.

Aku suka kawan dengan semua orang yang aku jumpa dekat matriks ni. In fact, aku sukakan semua orang yang aku jumpa dekat matriks ni. Selama dua bulan setengah macam tu aku duduk kat Penang ni, tak pernah lah lagi aku jumpa seseorang yang macam buat aku rasa macam nak bunuh ke apa ke. Haha. Semua orang pun aku suka, semua orang aku sayang. Serious tau. Cehh, kerek. Haha.

Firstly, aku nak cerita pasal roomates aku. Soffy, Ika, Ayu, Shud. Shud sebenarnya bukanlah ahli bilik A1.4.9 in fact, dia kawan Ayu. Tapi dia mai tidoq bilik kami atas sebab dia yang tertentu. So bilik kami tu jadi 5 orang. Tak jadi masalah pun sebab kami renovate bilik kami. Haha. Ayat poyo gila. Kami satukan keempat-empat katil tu menjadi katil yang saaaaaaaaaaaangat besar. Hehe. Tapi basically, Shud selalu tidur sekatil dengan Ayu. Oh and aku, Soffy and Ika takda masalah pun dengan Shud ni sebab Shud ni selalu memuaskan nafsu kitorang. Haha! Sebagai contoh, Shud derek jadi supplier Nutella & roti Gardenia tu. Err, senang cerita dia selalu supply makanan lah! Haha! Sebab tu kami sayang dekat dia! Dan cara untuk kami tonjolkan kasih sayang kami adalah dengan membuli dia! Tak gitu, Shud? Kahkahkah! :D

Soffy, paragraph ni khas untuk kau, so jangan nangis eh. Haha. Soffy sentiasa yang paling emo. Hewhew. Soffy, aku mintak maaf tau aku selalu ganggu ketenangan tidur kau time pagi-pagi buta. Sorry selalu panggil kau Charlie dalam kuliah. And thank you selalu perhatikan aku time dalam kuliah. Haha. Setiap kali aku tidur dalam kuliah mesti kau tau. Bila aku tanya kau, kau nampak tak aku buat itu ini dalam kuliah, mesti kau kata kau tau. Nampak sangat kau selalu stalk aku. Hehe! Means you care for me! Cewah, syok sendiri je aku ni. Hehe. And, thank you for the budu yang at last aku tak makan pun. Haha. Tak berani weh nak makan. Haha. Thanks for the serunding, Soffy. First day puasa sahur nasi dengan serunding je. Dan kita berdua je time tu kan Soffy? Haha. Aku rindu weh nak buli kau lagi. Best sebenarnya membuli ni. Lagi-lagi buli kau. Hehe. Soffy suka buat suara kasar yang ala-ala marah gitu. Rindu weh nak dengar suara tu :') Aku still ingat ada satu hari tu kitorang ada kuiz Bio online. Soffy punya kelas pukul 9 pagi, aku punya pukul 12 tengahari. So after Subuh Soffy tak tidur tak silap. Aku tak ingat sebab aku terus tidur balik after Subuh. Haha. Dah tak amek kisah apa-apa dah. And then balik dari kuiz Soffy bantai tidur dengan nyenyaknya. Haha. Dalam bilik time tu ada aku, Soffy dan Ika sahaja. Kami tiga tidur mati. Tapi thank God, Tuhan gerakkan Soffy pukul 11.45 untuk kejut aku. Aku dengan tak mandinya terus bersiap pakai baju, tudung dan sebagainya lantas turun ke perpustakaan untuk buat kuiz tu. Phew. Tak boleh bla kan. Anyway, thanks ye Soffy for all the things that you've done for me! :P

Shud, meh sini aku nak cerita pasal hang. Haha. Hang sumpah the only budak yang blur tapi suka menyibuk yang aku pernah kenal. Most of budak blur yang aku pernah jumpa, depa semua jenis tak amek kisah sangat. Tapi hang suka jaga tepi kain orang. Kahkah. Kau ingat even through blog pun, aku tak boleh buli hang ka? Hehe. Tapi kan Shud, aku nak mintak maaf kat hang. Aku tau aku selalu buli hang. Semua salah Ika! Bukan salah aku. Dia tokay segala buli yang aku buat kat hang. Hehe. And thanks ye Shud bagi perut aku kenyang for awhile. Haha. Nutella tu dah lah mahal, kita semua dok bantai makan macam Nutella tu harga RM1 - RM2 je sebekas kan. Kita semua memang anak orang kaya pun. Haha. Shud, aku mintak maaf kalau aku tak membantu dalam hal hang dengan Guava. Atau manalah tau aku pernah cakap benda negatif pasal masalah hang dengan Guava. Well, kita ni kadang-kadang bukan sedar apa yang kita cakap so maybe ada serba-serbi yang guriskan hati hang. Sorry ye Shud. Aku tau kau akan maafkan aku sebab hang kan pemaaf orangnya. Wekk nak muntah. Haha! Oh and thank you ye Shud, selalu kasi aku pinjam tudung hang yang warna lagi warni tu. Dan thank you selalu buat rambut aku. Serious tak tipu aku terasa kehilangan kau bila mai part rambut. Haha. Susah nak jumpa orang yang suka main dengan rambut orang lain. Dan aku pulak agak suka orang main rambut aku. Kita ada chemistry lah Shud. Kalau aku ni Guava, mesti kita adalah pasangan yang paling bahagia. Haha! Okay dah lah, itu jelah pasal kau ea. Panjang-panjang karang hang kembang pulokss :P

Ayu, paragraph ni untuk hang pulak. Saja nak buat Ika punya last. Boleh mengumpat berjela-jela sikit. Haha. Ayu, nasihat aku satu je kat kau. Jangan suka malukan diri sendiri tau? Haha! Dari first day kau datang KMPP pun hang dah start malukan diri. So cara untuk mengelak dari masalah ini adalah dengan menjadi lebih peka okay Ayu? Ceh, ayat poyo gila weh. Serious aku tak taip benda tu tadi. Jari ni berjalan sendiri. Haha. Ayu, terima kasih sangat-sangat selalu tarik rambut aku time aku pening. Lepas ni setiap kali aku pening, memang aku akan buat benda tu je Ayu oii. Dan for sure lah benda tu akan membuatkan aku ingat dekat kau ;) Ayu, study molek okay? Toksey jatuh cinta macam Shud. Bahayaaaa. Hehe. Apa-apa pun Ayu, aku nak mintak maaf gak. Kita kan suka bergurau yang macam nak bergaduh. Haha. Ayat semua tak boleh nak pedas lagi je kan kan kan. K gediknya. Haha. Sorry tau kalau gelaran-gelaran yang aku bagi kat kau pernah buat kau rasa tak senang. Sebagai contoh, apa entah nama gelaran yang aku bagi kau tu eh. Haha tiba-tiba terlupa. Alaa yang macam bermaksud "penghabis sisa" tu. Yang aku cakap muka kau memang muka sisa. Macam tu lah lebih kurang. Thanks sangat-sangat tau Ayu for all the things that you have done for me. Advices and all. Eh kau jangan pernah berani nak fail on Maths tau! Itu boyfriend aku tu. Kau fail Maths, aku sembelih kau. Okay ayat koya keluar lagi. Bye lah Ayu :D

Okay sekarang giliran Ika pulak. Jap, nak bagi rehat jari jap. Sebab lepas ni nak taip panjannngggggggggggggggggggggg sebab banyak benda nak komplen pasal Ika ni. Haha okay ayat poyo. Berani ke aku nak komplen pasal kau when you're in the same class with Abe John? Haha! Taknak aku put Abe John at risk. Cewah ayat poyo keluar lagi. Sorry lah kawan-kawan, please just bear with me okay. Alright. Ika, most of all, sorry tau for always not being there when you needed me. Haha. Sumpah kesian weh. Banyak benda yang kau mintak tolong aku tapi aku tak pernah ada. Ada dua jelah situation yang aku ingat. First, yang kau baru balik dari rumah tu. Balik ke kolej lah kan, ke mana lagi. Kau call aku, bajet nak suruh aku tolong angkat barang lah kan. Tapi time tu phone aku dalam bilik. Aku pulak tengah basuh tikar dekat tandas. Kesiannya kau weh. Aku masuk bilik, penuh meja barang kau. Ish ish ish, kesian kau. Haha. And second situation, time kau ada KOKO tapi kau lupa bawak kunci bilik. Pastu kau call sikit punya banyak kali tapi aku tak perasan pun kau call. Sebab aku put my phone in Silent mode. So vibrate apa semua tak ada. Haha. Sekali aku call kau, orang dekat Pejabat Felo yang angkat. Kau terpaksa trade in phone kau just to get the key to our bilik. Ni mesti kes tak bawak matrics card ni. Kehkeh. Sorry ehh Ika for all those susah payah yang kau terpaksa harungi sorang-sorang. Haha. Tapi apa-apa pun aku tetap yakin, antara kita semua mesti kau sayang aku lebih sebab aku je yang tak selalu buat apa yang kau tak suka. Haha! Okay, ayat koya keluar lagi. Macam mana nak tahan ayat koya ni from keluar eh? Tak ada cara ah, sorry eh. Hehe. Oh and Ika, sorry gak lah eh selalu buat pameran adik kakak dalam bilik kita tu. Hewhew. Pastu suka buat free show dalam bilik. Oh well, aku dengan Ayu merupakan the best free-shower, bukan? Kahkah. Tapi Ayu lagi hebat ah daripada aku. Aku tak sehebat Ayu. Hehe. Ika, thanks tau for all the advices yang kau pernah bagi aku. Sorry for all the wrongs that I did. Sorry lah kalau kadang-kadang aku macam rough ke dengan kau sebab maybe aku macam terasa kau tu kakak aku so aku macam ganas je dengan kau sebab aku dengan kakak aku, kakak aku yang banyak kena buli dengan aku. Haha! Oh and thanks for all the prayers, tips on ibadah and everything that you shared with us :)

Korang, aku ada satu benda penting nak cakap dekat korang semua. Aku serious tau weh. Haha! Tapi tolong ah doh, tolong ah jangan gelakkan aku lepas korang baca benda ni. Okay dah blushing. Malu weh malu. Hewhew. Aku serious weh, aku taktau kenapa kali ni aku macam betul-betul serious dalam hal macam ni. Dah banyak kali aku go through benda macam ni tapi kali ni aku terasa macam nak betul-betul serious. Okay sebenarnya sengaja bebel panjang-panjang sebab nak cover diri sendiri punya nervous. Haha. Mesti korang pun dah nervous kan kan kan? Okay malunya kalau korang still chillax. Haha. Begini ceritanya. Apa benda yang setakat korang kenal aku, bila korang cakap pasal benda tu, aku akan jadi malu gila? Soalan apa yang bila korang tanya aku, aku takkan boleh jawab? Haha. Dah dapat jawapan lettew. Kehkeh. Aku serious tau. Aku pun taktau apasal tau sebenarnya aku teringin nak serious macam ni kali ni. Haha. Tapi bak kata Ika, kalau orang doakan sampai 40 kali dengan penuh ikhlas, mesti akan termakbul kan? So, korang doakan lah dengan penuh ikhlas eh untuk aku dalam hal tu. Serious aku tak main-main. Dan kau Ika, aku taktau kau nak buat macam mana, tapi aku agak lah nak mintak tolong kau sampaikan dekat dia pasal keseriousan aku ni. Bapak laaaaa malu sioottt! Haha. Kau suruh dia tunggu aku okay :)

Ika, Soffy, Shud, Ayu! Sentiasa ingat aku tau! And one more thing, korang tak payah risau sayang aku dekat korang banyak mana. Cuma kurang sikit je dari sayang aku dekat Mr. Froggy and Sir Jamal aku tu :P