May 19, 2012

Number Ten.


Semua benda yang kita buat dalam hidup kita depends on mindset kita. Sama ada kita fikir optimistically atau pessimistically. Sesungguhnya semua benda yang kita buat haruslah didahulukan dengan fikiran yang positif. Kalau tidak, memang hancurlah segalanya. Punah serta ranah.

Aku nak cerita sikit pasal kisah aku semasa dalam tempoh nak ambil lesen kereta. Dari awal lagi aku dah warning mak ayah aku, aku taknak ambil lesen. Bagi aku, bukan berguna pun lesen tu nanti. Bagi aku, selagi ayah aku tak beli kereta untuk aku, selagi itulah membuat lesen merupakan suatu pembaziran dalam hidup aku. Sebab if aku dah ada lesen, tapi kereta still tak ada, tak guna jugak kan? I am not going to drive pun. Sedangkan dah ada lesen. Jadi, apa guna lesen aku tu? Buang duit. Well, itu tanggapan aku.

Semasa menjalani kelas memandu, pada peringkat awal aku sangat malas. Nasib baik kelas aku kebanyakannya tengahari dan petang, jadi takda lah aku menyumpah seranah sangat sebab kalau kelas pagi, sesungguhnya itu sangat mengganggu jadual tidur aku. Mula-mula, ayah aku daftar aku belajar hanya untuk 8 jam sahaja. Pastu duduk JPJ Test. Tapi dari first class lagi, cikgu aku dah cakap, better tambah sikit. Jadi, aku bagitau ayah aku lalu beliau memberikan kepadaku sejumlah wang untuk bayar kelas tambahan selama 4 jam. Jadi, secara total, kelas memandu aku adalah 12 jam.

During the classes, for sure ada ups and downs. Pada mulanya, aku suka akan kelas memandu. Aku rasa terhibur. Aku dah mula terasa the enjoyment of having a license and the enjoyment of knowing how to drive. I mean, kau boleh merayap-rayap kot weh! Ada kereta, ada kunci, chiooww. Kisah apa kan. You are expert already. Lagi-lagi kalau drive auto, phew. Heaven. And then, the time comes. My JPJ Test. Aku rasa aku over confident kot time tu. Dekat first part lagi aku dah fail, iaitu bukit. Mula-mula kena buat bukit, parking, 3 penjuru. Pastu baru keluar ke jalan raya. Honestly, aku rasa penyebab aku fail dekat bukit ada dua. Aku over confident dan sebab clutch kereta tu sangat bodoh. Sangat tua. Sangat longgar. Sangat tak sedap. Sangat tidak berkualiti. Dan yang sama maksud dengan semua di atas. Kereta aku terundur dekat atas bukit tu. Terus kena halau keluar. Sangat malu okay. Dah lah dekat tempat tu ada sorang mat salleh ni bapak handsome, I've been eyeing him dan dia sedar aku asyik pandang-pandang dia. Urgh. Tapi alhamdulillah, test yang keluar ke jalan raya tu aku pass. See? Aku selalu expert dekat benda yang orang tak banyak expert tapi aku sentiasa lemah on stuff yang orang ramai selalu expertize. Contoh yang lain ; AddMaths. HAHAHA!

Semenjak kejadian tersebut, aku dah mula rasa benci balik with the fact that I am in the process of having a car license. Mula-mula dulu aku benci kan? Pastu dah belajar semua, aku jadi suka kan? Now, aku benci balik. Tapi tak benci sangat. Just, rasa down sikitlah. Aku try motivate diri aku dan anggap macam nothing happened sangat. Well, macamlah selama ni exam dekat sekolah aku sentiasa strive kan? So, its the same feeling. Rasa down sebab not doing well in examinations in school.

Dan pada hari ini, aku ada my very last class sebelum JPJ Test aku (repeat punya) which is next Monday. So, basically aku ala-ala WAJIB gitu untuk pass sebab Ahad depan aku gerak matriks. So, dah tak ada masa nak layan kes lesen ni. Dan aku agak having a hard time hari ni time driving class. First and foremost, aku macam dah lupa-lupa sikit. Kay, that's fine sebab benda yang aku lupa tu benda simple je. Tarak kisah sangat. Oh dan buat pengetahuan semua, hari ni yang ajar aku bukan cikgu aku that have been teaching me all this while. Yang ajar aku hari ni big boss dia. Bila aku dapat tahu big boss yang akan ajar aku, aku terasa cuak gak sebenarnya. And then, aku pun pergilah buat hal aku. Mula-mula buat bukit. Takda masalah. Parking, terlupa formula sikit. Abang tu ingatkan aku. 3 penjuru, TERlaju sangat, so tak cantik. Dan touched the line I guess tayar aku tu. Haha. Pastu ulang balik, buat bukit. Takda masalah. Parking, takda masalah. 3 penjuru, cikgu tu kata dah cun dah cuma aku tersenget sikit. Kalau aku tak tersenget, memang dah molek benor lah tu. Pastu buat bukit balik. Time ni sumpah macam bangang sikit. Time nak turun bukit aku TERundur sikit. SIKIIITTTTTT JE. Tapi nasib baik, takda siapa nampak. I mean, cikgu tu tak nampak, abang tu pun tak nampak. Haha. So bila dah turun bukit, aku pergi lagi sekali que for bukit. Buat lagi sekali, alright, pass. Parking, pass. 3 penjuru aku TERlaju lagi, cikgu tu nampak. Hadoooooiiiyyyyyyy. Hamek kau, dia mai kat aku, bebel bebel bebel bebel bebel bebel bebel bebel. Aku main anggukkkkkkkkk je. Entahlah, aku ni part kereta-kereta ni aku jadi blur tahap apa entah. Aku tak faham hapak pun. Pastu dia naik kereta tu. Lagi laaaa. Pastu dia suruh buat 3 penjuruuuuuuu je. Banyak kali kena marah tadi. Well, dia takda lah marah tapi banyaklah benda yang dia bebelkan. Aku ni bila orang bebel je, aku akan anggap dia tengah marah. So, aku sangat down hari ni sebab benda tu. Aku kena marah. Dia kata "Buat apa nak laju-laju? Awak nak pergi mana?" Aku macam tension gila. Aku tak boleh lah orang tengok apa yang aku buat! Okay, fine. Kalau orang tu tengok apa aku buat tapi aku taktau that dia tengah tengok aku, aku okay! Tapi ni kalau aku tau dia tengah tengok aku, aku tak boleh!

Dan sekarang aku jadi saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat down. Aku rasa benci tahap cipan punya dekat lesen ni. Aku taknak ambil lesen! Buang masa aku! Dan aku jadi sangat bad mood. Jejak je kaki ke rumah, mak ayah aku tanya macam-macam, aku just jawab "Hmm? Haaa" pastu aku terus gerak dapur, buat milo ais, naik bilik, cabut baju, terus online. After Zohor tadi aku turun bawah, mak ayah aku tanya macam-macam lagi, aku diam je. Ayah aku tanya "Boleh ke test Isnin nanti?" aku just jawab "Entah" dan bla. Aku sangat tak suka okay kalau aku kena marah bila tengah buat benda yang aku tak suka. Like, this thing, nak ambil lesen ni. Aku taknak kan sebenarnya? Pastu bila tengah belajar, aku kena marah. Aku rasa macam pressure gila. Aku tak suka okay! AKU TAK SUKA!

Tapi sekarang I should and I better betulkan pemikiran aku. Hari tu computer test pun aku ambil dua kali. JPJ Test pun dua kali. Total duit ayah aku yang aku guna untuk nak ambil lesen ni dah nak dekat seribu. Aku taknak bazir any more money. Aku kena buat betul-betul Isnin nanti!

Kawan-kawan, tolong tadahkan tangan anda. Ya Allah Ya Rabbil 'Alamin, aku bermohon kepadaMu Ya Allah, permudahkanlah segala urusan Dyja sewaktu dia mengambil JPJ Test Isnin nanti Ya Allah. Bagilah dia dapat kereta yang berkualiti, dari gear ke break ke clutch ke handbreak, semuanya berfungsi dengan baik. Kau tenangkanlah hati dan fikiran Dyja agar dia tak ada buat salah dan silap sewaktu test tu nanti. Dan kau turunkanlah keajaiban supaya apa jua yang dilakukannya salah sewaktu kelas, semuanya tiba-tiba dia buat dengan baik dan betul sewaktu test nanti Ya Allah. Kau kawallah kaki dan tangannya Ya Allah, agar semua yang digerakkannya betul-betul belaka. Tolonglah Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah dan hina ini Ya Allah. Amin ya rabbal 'alamin.

Terima kasih kawan-kawan :)